05 Januari, 2010

sajak c-i-n-t-a

dari hati seorang isteri


dariMu aku dijadikan,
sumbangan Mu memberikan satu keindahan,
yang hanya dapat dibuktikan dengan satu ikatan..
seperti Cintaku kepadaMu..Ya Allah..

dari susuk tubuh seorang lelaki,
aku bergelar isteri,
yang layak diberi haruman kasturi,
untuk bekalan berhari-hari sebagai teman sejati..

salahkah aku meminta manja
seperti adam dan hawa,
salahkah aku meminta belaian
seperti Kekasih Allah, Muhammad dan Isteri-isterinya..

aku seorang perempuan,
aku juga seorang anak,
bahkan aku seorang isteri,
yang bakal bergelar seorang ibu,
tiada menadah laut meminta hujan,
tiada sinar menyuluh alam,
hanya mengilap kaca untuk dijadikan berlian..

kesedaran ini menguji diri,
kesilapan ku anggap gurauan,
kesakitan ku anggap kebahagiaan,
kekecewaan ku anggap keharmonian,
hanya untuk mu suamiku,
senyuman seindah bungaan,
mekar harum tiada tampak madunya..

atas perasaan anugerah Ilahi,
aku redha menerima seadanya,
kerana dia suamiku yang dicintai,
sekadar di dunia, bahagia sejati di sana..
sedarkan dia atas kehadiran ku,
pelengkap rusuk seorang suami...

03 Januari, 2010

sajak c-i-n-t-a

kerana cinta Ilahi


Akan ku cari jalan kepenatan,
Akan ku redah ombak kesusahan,
Akan ku pilih hidup kemiskinan,
Akan ku biar lorong kesenangan.

Kerna cinta Ilahi,
Aku sanggup tiada habuan,
Aku sanggup tiada bayaran,
Aku rela tiada sanjungan,
Aku tegar tahan kelaparan,
Aku redha hilangnya kemewahan.

Kerna cinta Ilahi,
Aku tiada lagi pilihan,
Memilih sunnah penciptaan,
Yang mencipta memberi arahan,
Yang di cipta akur pada arahan.

 Adakah nama kita sentiasa di sebut di langit Allah, 
ataupun kita sekadar terkenal di bumi,
tetapi sekali pun tidak menjadi perbualan antara malaikat di langit.. 
moga redha Allah di cari, 
bukan redha nafsu dan manusia.. ikhlaskan niat.....